Share/Bookmark

Pembuka tirai

Posted by Mike On January - 25 - 2009

Acara “treasure hunt” pembuka tirai yang saya kendalikan tahun ini berlangsung pada hujung minggu ke-dua bulan Januari. Walaupun berdepan dengan situasi ekonomi yang membimbangkan, acara tahunan syarikat ini lebih besar dan meriah kali ini berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.

09b.JPG

09a.JPG

09c.JPG

Antara soalan-soalan yang saya kemukakan untuk treasure hunt ini termasuklah soalan ini.

Q: Selebriti pertama wilayah tengah.

09d1.JPG

Pada sebelah petangnya, banyak acara-acara yang berbentuk “telematch” telah disediakan untuk semua. Sepanjang petang itu terdengar sorakan, ruihan dan ketawa dari perserta-peserta dan penyokong mereka. Ternyata acara sampingan ini telah menceriakan lagi suasana terutamanya bagi mereka-mereka yang tidak menyertai acara “tresaure hunt”.

09e.JPG

Daripada maklumbalas formal dan informal yang saya terima, ramai yang cukup puas hati dengan acara sepanjang hari itu.

Semoga tahun baru ini, akan mendatangkan lebih banyak acara “treasure hunt” yang menarik seperti ini.

Filed Under: Uncategorized

7 Responses to “Pembuka tirai”

  1. ckoh says:

    Mike,

    Aik!… tahun baru, azam baru ke tu? Apasal pulak t’tiba guna bahasa Melayu buat laporan?

    Baguslah tu, manalah tau besok lusa kita buat “treasure hunt” keseluruhannya dalam bahasa Melayu pulak! Mungkin seronok ‘gak tu, tapi agaknya kalau semua soalan Melayu, ramai masters yang surrender kot!… hehehe

    [Reply]

  2. claire says:

    Ckoh, kalau nak guna Bahasa baku, tak boleh ketawa “hehehe”… kena guna “hihihi”! ;)
    Susah juga kalau aktiviti pencarian harta karun digubal dalam Bahasa Melayu. Nanti 2 kamus tebal pun tak cukup!

    [Reply]

  3. ckoh says:

    claire,

    Kamus!?… lama dah tak guna-pakai oi! Tak payah susah-susah, bawa aje laptop cukup dah. Kalau tak dapat jawab lagi, tembak aje…

    Pelik betul si Abdul Wahab
    Lada besar dikatakan lobak
    Kalau anda tak tahu jawab
    Jangan pula terlupa tembak!

    [Reply]

  4. Mike says:

    Sejak 2 tahun kebelakangan ini banyak juga “treasure hunt” yang saya buat 100% dalam Bahasa Melayu.

    Bahasa Melayu juga terdapat banyak perkataan-perkataan yang menarik. Misalnya, perkataan “semak” boleh disebut “se-mak” yang bermaksud sesuatu yang tidak “teratur” seperti dalam ayat “meja yang semak” atau boleh disebut sebagai “say -mak” yang bermaksud “periksa” seperti dalam ayat “semak kertas soalan”

    [Reply]

  5. ckoh says:

    OK, bagi mereka yang hebat Bahasa Melayu, cuba yang senang:

    Buat satu pakaian mandi (6)

    [Reply]

  6. CM says:

    Wah…. benda-benda ‘bikini’ macam ni aku kurang arif.

    Tapi cuba bayangkan nanti soalan treasure dalam bentuk puisi atau pantun macam ni….

    Pulau Pandan jauh ke tengah,
    Gunung Daik bercabang tiga,
    Harta idaman, cakap orang Amerika,
    Sepak satu taik, baru hilang dahaga.

    [Reply]

  7. ckoh says:

    HAHAHA!

    Wah… kalau soalan treasure macam tu, kitorang di Sabah pasti pengsan nak cari! Tahun lepas KK City Hunt, kena cari TONG GARDEN COCKTAIL NUTS. Dengar cerita ada yang sampai ke Tuaran, akhirnya mata putih jugak! Kena time penalty pulak tu!

    Bukan semua tempat ada jual KICKAPOO di KK. Kalau masa setakat sejam aje geranti tak dapat cari benda ni!

    [Reply]

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree